Friday, 11 October 2013

A.K.U

aku - 
tak seperti mereka.
yang solatnya terjaga
penuh dengan rasa rendah diri terhadap sang tuhan
mereka yang istiqamah puasa sunatnya
solat dhuha pula seakan wajib
subuh dan asarku tak seperti mereka -
yang selalunya dihiasi bacaan ma’thurat
quran pun terkadang dibiar sepi di rak
tahajud apatah lagi.
aku -
tak sekuat mereka.
mampu terus bertahan saat diasak dengan ujian
mampu tabah bila takdir tak seiring dengan kehendak
mampu terus berdiri saat hati sebenarnya sudah goyah
seringkali diri ini
tenggelam dalam kesedihan dan kelemahan.
aku -
tak punya akhlak seperti mereka.
saat mereka berjubah dan berjilbab indah
diri ini lebih selesa berseluar jeans dengan t-shirt biasa
kata-kataku tak seindah kalam mereka
hingga mampu menembusi hati manusia lain
bicaraku pula, tak selembut bicara mereka.
yang aku tahu
aku tak mampu jadi seperti mereka
tapi aku akan terus berusaha dan berusaha
untuk islah diri sendiri
walau tak mampu jadi seindah mereka.

Tuesday, 17 September 2013

Finance Vs ICT

Pengalaman demi pengalaman di kumpul dari hari pertama di Vigitech (M) Sdn Bhd.
Walaupun masih awal di sini, terlalu banyak yang dipelajari.
Latar belakang yang berlainan, dan bekerja di bidang yang sememang nya berlainan 100%, 
sentiasa memberi tekanan dalam diri.
Namun apa yang telah kita pilih, seharusnya di teruskan, dan bukan lah berhenti separuh jalan. 
Anggap ia nya sebagai satu cabaran, cabar diri untuk melakukan sesuatu yang tak pernah terlintas di fikiran.
Kita tak pernah jangka, di mana rezeki kita, bagaimana ia muncul, yang perlu hanyalah sentiasa berusaha. 
Berusaha dan sentiasa berdoa agar diberi kehidupan yang lebih baik di dunia dan akhirat.




Serahkan lah Hati Itu.

 Satu hati yang tertanam dalam diri kita, bukan lah hak kita sepenuhnya, sehingga dengan berani nya kita mengukir nama insan yang kita sayang dan kadang kala insan itu yang mengakibat kan hati 'pinjaman' kita itu terluka.

Serahkan hati kita yang satu itu kepada Penciptanya supaya mudah segala urusan kita. Jika ditakdirkan jodoh kita bukan dengan insan yang pernah kita harapkan untuk bersama, percaya lah dengan ketetapan Ilahi.


Ya Allah,
Jadikanlah aku seorang yang selalu mengingati-Mu, banyak mensyukuri nikmat-Mu, 
berbakti kepada pemerintah-pemerintahMu, tunduk dan taat kepada-Mu, takut dan dan banyak bertaubat kepadaMu,
Ya Tuhanku, terimalah taubatku, sucikanlah dosa-dosaku, kabulkan doa-doaku, tetapkanlah pendirianku. Tunjukkanlah hatiku ke arah kebenaran dan lisanku ke arah kebaikan dan cabutlah kedengkian dari dadaku."
Ya Allah,
Kurniakanlah aku cinta orang yang mencintaiMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu......


p/s : Diri ini selalu mengharapkan ketetapan hati pada yang satu, Allah Maha Pencipta ku.

Wednesday, 11 September 2013

Preparation for 1st day work.


  بسم الله الرحمن الرحيم...

the 1st thing to do is bismillah before start your 1st day..(^_^)

Sebenarnya kecoh lebey ni nak cakap yang aku dah start keje.
09.09.2013 my 1st day at Vigitech (M) Sdn Bhd.

Yesss.. this is my first real job u'olls. Tu je nak citer..haha
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

tapinya tak relate langsung dengan ape yang aku duk belajar selama ni. Diploma in banking, Degree in Finance. 

Tibe2 masuk company IT , main product is Digital Video Surveillance system and CCTV equipments. 

Banyak sangat dugaan, ujian, cubaan, musibah bila nak start cari kerja
 dan interview lepas grad. Interview 
RHB paling terkilan, tapi lepas muhasabah diri dan 
yakin Allah dah tetapkan yang lebih baik utk aku, 
redha je lah.


Now, aku berhijrah ke Johor Bahru. Cuba untuk belajar benda baru, pengalaman baru, 
kawan-kawan baru, environment baru semuaaaanya baru. Pemikiran pun cuba perbaharui sebab kena belajar jadi optimistic, positive, sebab dah banyak nangis-nangis je.

Amirul Faiz dan Safwan Arshad, orang yang paling banyak aku susah kan bila aku bermasalah dengan emosi ni. Dua orang yang aku tak payah susah2 nak cari, nak call, sebab tak sempat cari lagi, diorang da cari aku dulu tanya dengan soalan2 tangkap leleh.
Belum jawab, dah meleleh air mata.. haha not so cool


By the way, tajuk dengan isi kandungan sebenarnya tiada kaitan pun.. saje buat gempak lebih.. 
Babai.........


Friday, 15 February 2013

Free PTPTN~ Struggle for KELAS PERTAMA

Grad your bachelor with first class then tadaaaa your PTPTN loan will be convert to be as a scholarship ! Insya Allah.. (follow terms and condition)

Sound great right??? awesome ! but you will be face a lot of test to be one of the student that listed in that "1st class"..
 
Wahai adik-adik ku yang berniat nak sambung degree, prepare yourself to get into this Dean 'GAME' ..
 
either you like it or not, you must got a Dean List in your result for every level of game..huhu setiap sem mesti dekan..
 
unless 1 sem tu dpt 4 flat, then next sem bole la klau jatuh sikit..still dekan..but why not you just maintain you result..(^_^)
 
Dulu lect ckp degree ni senang..Memang kesenangan tu nmpak la jugak, sbb final only 50%..another 50% will be on your carrymark.. then...
 
kalau kelaih start pukul 8.30 tapi hang duk mai kul 9, besok kuiz, hang bantai pi karoke, test pun harap kan si toyol yg terkedek2, hang bulih nak harapkan carrymark lagi ka?
 
Alhamdulillah, selepas dah harung semua susah jerit perih degree( ijazah sarjana muda je pun -_-') da habes da uitm tanda paper sem 5 aku..
tengok nama jelah ...huhu
 
 
setimpal dengan hasil usaha aku sem lepas..yang baca sampai tertido, gi study kt mcD 3,4 jam sambil makan penuhkan perutA..

Allah Maha Adil, die tau usaha kita, dan hasilnya berbaloi dgn usaha kita..
 
kalau study 24/7 pun tak boleh,usaha untuk sentiasa dekat dgn Allah pun kene ada.. Rajin2 kan diri solat hajat, baca yassin, ibadat wajib dan yang sewaktu dengannya..

Thursday, 7 February 2013

title for my thesis

Yuhuu... senang nya dalam hati, bila dah dapat idea~~ lalala
 
Puas kerah otak dan seluruh saraf2 tunjang kat kepala ni, nak pikir tajuk ape untuk thesis for internship ni. Actually boleh buat either general or company tu punya problem. Tapi depends jugak dekat advisor nanti. Since aku ni tak dapat lagi advisor, aku pun cuba la mengambil inisiatif sendiri untuk cari title thesis aku.
 
Kalau advisor aku da tetapkan tajuk nnt, means aku kene tukar, tapi kalau dia ok, amik jela tajuk ni.
 
So far, not sure yet nak decide. Ada 3 tajuk yang boleh buat :-
 
                1) Financial Management (general sgt)
                2) Factors that influencing company to outsourcing
                3) Factors considered when do outsourcing agreement (high possibility to be choose)
 
 
 
 
Bila ada masa free, takde kerja nak buat, aku try la sedaya upaya bukak mata besar-besar untuk baca journal yang relate dengan tajuk2 ni. Nak pilih tajuk pun satu issue sebab kalau tak faham, cemane nye aku nak goreng buat ayat..huhu








p/s : Kalau budak2 finance cm aku ni, bole buat je tajuk relating to personal finance, the easier one. Tapi degree student, why not try something yang mencabar diri anda.

Dont think what you have been done previously, but always think what you expect to do in the future.. imagination is a key to make you outstanding and differ from others.  ( ni pesanan dari Prof Muhaya masa tgk Reset Minda di astro 106 )

Wednesday, 6 February 2013

Separuh dari tugas seorang isteri terlaksana (tolong jgn percaya saya isteri orang)

Tugas seorang isteri untuk jaga makan minum cik suami,
aku dah berjaya buat..sejak tinggal berdua dengan cik pija,
aku dah mcm si isteri je..
bangun pukul 5.30 pagi, terus masak air dulu,
then mandi2, siap dengan baju kurung nak ke office,
pukul 6 pagi kejut kan cik suami (konon2), then dia mandi,
saya terus siapkan air teh atau kopi, 6.13 da azan,
 cepat siapkan sarapan,
selalu nye roti je mampu.hehe
pastu siap bersolat,
 terus tunggu cik suami untuk
sarapan bersama..hehe
 
 
 
Tugas kedua isteri jugak untuk menasihati suami.
 Kejayaan suami kita mesti la
disebabkan sokongan dari
seorang wanita yang
bergelar isteri la kan..of course..
 untuk sementara ni,
 kira nasihat dan pesanan jugak,
 sebab sebelum pegi keje pun cakap kt cik pija,
good luck pija, keje elok2 tau..hehe
nampak tak tu tugas isteri..
lain tau dengan kawan..
ni praktis, bkn nye aku lesbo..
simpang malaikat 44..
 
Tugas lain sebagai isteri dan juga hamba Allah adalah menjaga solat dan jugak aurat.
 Alhamdulillah
walaupun busy dengan kerja yang tak berapa banyak,
 dan kekangan waktu sebab naik LRT dan Monorel,
tapi aku berjaya handle..
keluar office pukul 5 petang,
singgah solat kat surau level 16 then tunggu
cik suami keluar office pukul 5.30-5.40..
see, mithali sgt tggu suami balik sama2 walaupun waktu kerja habis awal..haha
 

Monday, 4 February 2013

My lovely 1st day intern at iPERINTIS SDN BHD

Hehooooo! muka gumbira bangun hari ni pukul 5.30 pagi..


Iperintis sangat bagus dan terbaik ! breakfast, lunch, tea time semua diorang sediakan untuk kami yang datang nak intern. Just duduk and dengar diorang briefing pasal company.

Mula-mula tercengang jugak sebab aku ni background finance, iPerintis ni salah satu MSC status, so more to IT service.. banyak la jugak benda2 yang aku tak faham IT term tadi..haha

tapi aku jadikan ni pengalaman sebab sekarang aku da tau IT service kat Malaysia ni, dan iPerintis adalah leader and the first company yang guna CLOUD system !
borang-borang yang kene isi before masuk bilik seminar


Banyak kan borang ni..sebab iPerintis sangat strict and follow ZETO Policies of Petronas..
Ape ZETO tu? it stand for ZERO TOLERANCE..

means, kalau kau buat salah, tanpa feasible  reason, haaa just prepare the resign letter..hamik kau..!

Karnival Karangkraf 2012


Rayau-rayau dengan cik pija dan cik oyah sampai ke seksyen 15 Shah Alam ( peace yaww!) sebab nak pergi tengok karnival karangkraft ni la..

Ramai sangat2 orang kat situ, sampai nak park kereta pun kene u-turn 2,3kali.. selamat driver nye sgt pro..haha okay ni puji diri sendiri..(^_^)

Rambang mata, rabun mata, silau mata semua ada masa sampai dekat booth jualan mega sebab almost 70-80 % diskaun utk buku dan novel-novel. Ape lagi tunggu, terus jela budak comot ni sambar buku yg nak beli, tapi tak keluar duit pun sbb guna kan kelebihan yang ada.. mintak baucer buku cik pija 1..hehehe UiTM melaka xbagi kami baucer lagi la, kalau tidak, da banyak buku dapat beli..

Then pusing-pusing lagi sampai booth NUR, nak derma darah kat situ tapi saya drive kan tak berani la nak tanggung risiko. Dulu derma darah sampai pening-pening lalat je. Bila pergi booth farmasi, ade jualan sambil menderma.. terus beli wet tissue yang tak seberapa ni dgn 1 niat je. padahal tak guna pun wet tissue ni. But ada jugak hikmahnya sebab bila kat office boleh gune nk lap muka before solat.. hee nampak tak tu pilihan bijak.. yeaaayy tepuk tangan sama-sama..

Sepatutnya dpt jumpa aaron aziz dekat stage utama, tapi sebab asyik nak tgk barang2 je, da melepas.. nak jumpa wan zack pemain bola sepak pun tak dapat sebab hujan, tak boleh nak pegi booth Remaja. sudah nya, kami balik tanpa jumpa sorang artis pun..huhu

si belang tu cik pija, si keding bertudubg ungu cik oyah,busy tgk kiri kanan.

pameran motor-motor besar,semua kawasaki kot.
Sebenarnya nak tunjuk cadar hello ello ello kitty..heee

tadaaa! saya masuk booth majalah PENGANTIN ! motipp??





Ok done ! then kami pulang ke rumah denga rasa hampa sebab tak dapat jumpa aaron aziz..huhu




Friday, 1 February 2013

Empat syarat bagi wanita untuk masuk ke syurga


Masa rajin nak berblog-walking, terbaca la blog2 yg banyak cerita pasal benda-benda ni dan setelah buat ringkasan karangan, ni lah hasil yang dapat disurat dan disiratkan.



Empat syarat tersebut adalah...jeng jeng jeng.... :

Pertama : Melakukan solat lima waktu
 “Perumpamaan solat lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebatang sungai yang dalam yang mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari.”(Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Puasa di bulan Ramadhan.
Dari Abu Hurairah r.a. bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya :: “Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :” Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku” Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi.” (Hadis Riwayat Muslim )

Ketiga : Menjaga maruahnya.
Wanita solehah yang menjaga maruahnya adalah wanita yang sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah s.w.t. Dia adalah wanita yang berilmu, cerdik dan pintar. Setiap hari mendalami Ilmu Islam, mengkaji tafsir Al- Quran, hadis Nabi, memahami ilmu realiti semasa dan tahu cara-cara mengubati penyakit masyarakat. Di malam hari menjadi seorang abid, membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, sembahyang tahajjud dan berdo’a kepada Allah hingga menitiskan air mata.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :”Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.”(Hadis Riwayat Muslim)


Keempat : Mentaati perintah suami.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.”(Riwayat Thabrani)


Wanita yang layak untuk memiliki peluang dan jalan yang mudah ini adalah khusus untuk wanita yang berkahwin kerana dengan perkahwinan ini barulah teruji kesetiaannya menjadi isteri dan ibu yang solehah.



Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin akan memiliki pahala yang besar seperti berikut :
1. Bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung.
2. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan.
3. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.
4. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada Neraka.
5. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.
6. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di Syurga kelak.
7. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala .
8. Lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.
Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Sekiranya seorang wanita belum bertemu jodoh ia tidaklah termasuk dikalangan yang rugi kerana soal jodoh adalah urusan Allah s.w.t.

Intership at Iperintis

Alhamdulillah, start 4 Februari ni akan start internship 
dekat company Iperintis. 
Syukur sangat dapat buat praktikal di company ni. 
One of the establish company, 
and ni jugak under Petronas.
 Department Finance akan sebati dengan aku tak lama lagi. 
Not sure ade rotation department or not. 
Kalau ade, it give me a chance to learn more and get experienced from a different department. 









Time ni jela yang bole dapat banyak pengalaman.
 For sure la aku ni akan belajar banyak banyak banyak sgt benda sebab nak photostat pun tak pandai. Takut jugak nanti kena marah, 
tapi I'll do my best sebab kalau diberi peluang memang nak sangat diserap terus kerja kat situ.
 Bukan senang nak dapat !

Insya Allah, tak lama 5  bulan nak harung praktikal ni. 
Sebab tu kena cuba jugak buat yang terbaik. 
Then i will get a flying colour for my result ! huuu hhuuu !! gaya one of my classmate..opss  =_='

1st step bila dah start praktical ni, nak try untuk jadi yg paling shine kat situ.. 
kene tak pakai baju AJL Ramlah Ram dulu..-_-' siap lampu2 bagai.. 
haha sebab iperintis ni company besar, dari UiTM melaka je da ade 
3 orang yg dpt intern at finance department. 
so? kene ade competitive advantage sikit, then aku bole bersinaaarrrr...blink blink..
 tapi acane? haa tu kene tunggu da start 4feb nanti.. 
usha usha line dulu...hee








Nilai Sekeping Sijil

Selama 5 tahun bertungkus lumus dengan buku-buku, nota, kuiz, test dan final exam, 
akhirnya tamat jugak 
diploma dan degree aku. takde la tamat sgt sbb praktikal x abes lagi (>_<)


3tahun diploma, 2 tahun degree, pelbagai pengalaman 
dapat dijadikan teladan 
dan sempadan dalam mengenal kehidupan dan persahabatan.


Haru biru nak habiskan degree haritu..memang last sem 
sgt menduga betul la..
ayat paling sesuai ialah STRESS SOKMO !

Tapi pape pun jadi, aku kene work hard jugak utk 
dapatkan ape yang aku nak 
untuk gembirakan hati mak ayah aku. 
Ape je nilai sekeping sijil diploma dan degree tu. 
Setakat sehelai kertas je.
 Sehelai kertas yang di usung ke hulur ke hilir untuk ditemuduga.

Bagi diri aku sendiri, 
sijil tu bukan menggambarkan (oh, aku ade degree so senang dpt keje) ! no..its not me.. 
sbb nak dipikirkan,
 mase diploma tu pun aku da pikir nk keje,
takyah sambung dah
. Tapi yang penting bagi aku adalah maruah.Ape kaitan maruah dgn sijil plak kn..huhu


SEBAB NYE! 
ayah selalu pesan, sijil ni yang akan menentukan 
maruah diri seseorang tu. 
Orang akan pandang kita tinggi 
dgn pendidikan yag kita ada. 
Manfaatkan semua ilmu yang kita dapat tu untuk kebaikan orang lain jugak. 
Aku jugak nak orang lain bukak mata
 tengok anak ayah dan mak aku ni berjaya sampai ke menara gading... 
Walau tak mampu jadi yang paling cemerlang, 
tapi paling kurang pun mampu menggembirakan mak ayah aku sebab salah satu hajat diorang 
nak anak2 ni semua sampai ke universiti..(^_^)


SEBAB TU JUGAK , 
aku cuba buat yang terbaik sampai berjaya habiskan degree ni..
Ada jgk kadang@ rasa nk give up, 
tapi sebab aku ada ramai kawan2 yang berfikiran positif, 
selalu support and bagi semangat, it helps me a lot !
make me became more hard work !